Tuesday, July 7, 2009

SPIES BELIA 2009



Program SPIES Belia ini dibangunkan berasaskan konsep pembangunan kecerdasan Spiritual (Rohani), Physical (Jasmani), Intellectual (Akal), Emotional (Emosi) dan Social (Sosial) bertujuan untuk melahirkan insan yang cemerlang secara holistik bertunjangkan kecerdasan spiritual (mengenali jatidiri dan hubungannya dengan Tuhan dan manusia), pembangunan kecerdasan intelek, emosi dan jasmani secara seimbang dan dimanifastasikan secara zahir melalui kecerdasan atau keberkesanan sosial dengan sumbangan secara berkesan untuk membantu sesama insan dan menyumbang ke arah kehidupan yang sejahtera.


Bertempat di Kem Bina Semangat Yayasan Selangor, seramai 100 peserta yang terdiri daripada belia dari kawasan Semenyih dan Beranang serta Rinchi, telah menyertai Kem SPIES BELIA 2009. Program tersebut telah diadakan pada Sabtu dan Ahad, 26 hingga 27 JUN 2009. Program SPIES tersebut telah dikelolakan oleh ADAPTIF GEMILANG SDN BHD di bawah peneraju En. Hairul Aidi bersama Ketua Pelatih En. Azri dan Para Fasilitator Omarzatul, Khairul, Syafiq, Maya, Fairuz, Aishah dan Laila. Tahniah Diucapkan kepada para peserta SPIES yang telah berjaya menjalani Program ini. Seperti yang telah ditetapkan, segala media seperti video dan gambar SPIES boleh di akses melalui laman blog ini. Terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan oleh anda semua.



PREVIEW VIDEO SPIES BELIA 2009

video

Resolusi Preview Video adalah rendah hanya bertujuan tatapan di dalam blog sahaja, untuk mendapatkan video SPIES yang mempunyai resolusi tinggi sila klik url download di bawah, saya mencadangkan anda melihat video tersebut dalam mode original size dan bukan dalam mode fullscreen agar kualiti video menjadi lebih jelas

DOWNLOAD VIDEO SPIES



PREVIEW GAMBAR SPIES 2009



Untuk Download Keseluruhan Gambar SPIES, sila klik link di bawah. Di atas beberapa kesulitan gambar setiap kumpulan peserta SPIES tidak dapat di upload dahulu..InsyAllah mungkin pada minggu hadapan. Harap Maklum


1 comment: